Banjir Melaka | Anggota bomba lemas meninggal dunia

2022-08-11 1

Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas ketika membantu mangsa banjir di Sungai Putat, Melaka, semalam meninggal dunia pada jam 3.11 pagi, Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, mangsa Mohd Diya Che Jusoh, 46 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.